Wednesday, May 9

Sakit.


#Tenangkan hatimu dengan membaca Al-Quran. 


Kutuklah perkara jahat. Hinalah perkara maksiat. Tetapi, bukan kepada pelakunya. Bukan kepada fa'elnya. Kita semua manusia biasa yang lagi kerdil ini. Kita ialah manusia yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa. Jangan biarkan mereka merasakan mereka tiada siapa yang ada bersama. Takut kita akan melakukan silap seperti mereka. Who knows right? Allah nak beri ujian kepada kita ini dalam pelbagai bentuk pun 'kacang' saja.


Ke mana prinsip yang selalu kita pegang sebagai orang Muslim? Di mana prinsip "Amar makruf nahi munkar" ? Kata mahu beri nasihat yang baik, mengapa dicerca sesuka hati? Mengapa tidak angkat sahabat kita untuk terus bangun dan menyuruh dia teruskan perjalanan hidup dengan penuh redha? Ya Allah, masakan kalian sanggup melihat sahabat kita akan melakukan kesilapan yang sama sekiranya kalian asyik memulaukan sahabat kita? Tidak hairan sekiranya dia berkata "Tidak mengapa, tak ada yang kisah aku pun jadi macam mana. Jadi hantu pun bukan orang kisah, lagi orang kutuk adalah."


Barangkali ada yang masih prihatin dan sentiasa menerima sahabatnya dengan seadanya tetapi satu dalam sejuta orang saja. Sahabat, bukankah saling menasihati itu sudah menjadi kewajipan kita bersama? Mengapa mahu berdolak dalik? Mengapa mahu menegakkan benang yang sudah basah? Sahabat, walaupun engkau tidak percaya akan kebenaran tetapi terima dengan redha kerana itulah yang sudah tercatatnya takdir di Luh Mahfuz. 


Last word from me, Allah knows best. Allah always with us. With us. Always. Carilah Dia. He'll always be there for you, my friends (:


Nota muzik : Jadikanlah sesebuah tangisan itu berkualiti bagimu.
Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .