Saturday, February 18

Saya tetap bangga.

Teringat macaroon apabila tengok gambar ini #lapar.
#Mahu melompat seriang kanak-kanak Ribena pula nak buat entry yang keseratus . HEHE


Saya seorang gadis yang sangat ringkas saja . Di sekolah , tudung saya kadang-kadang senget tepi dan nampak serabut . Ya , ramai orang complain fasal saya dan saya tahu kekemasan adalah perkara yang dititikberatkan dalam agama kita juga . Insyaallah , saya akan menjadi seorang yang lebih kemas . Saya akan masukkan dalam list 'Azam 2012' nanti .


Saya pergi sekolah saya bawa buku banyak-banyak . Ramai orang ingat saya jenis tak susun jadual . Bukan saya tak hargai laci meja yang pihak sekolah dah bagi tetapi saya bawa beberapa buku teks untuk buat ulangkaji di rumah apabila saya berkesempatan . Saya memang dah terlatih sejak sekolah rendah sekali . Ya , saya seorang pelajar , kenalah bawa banyak buku ke rumah . Nanti nak study apa dekat rumah ? Study subjek "Tidur" ?


Selain itu , saya pergi sekolah kadang-kadang tak pakai bedak . Bukan apa , takut orang terkejut tengok muka saya macam jumpa hantu cina sebab terlebih kuantiti bedak saya tepek dekat muka saya yang tak berapa nak putih ini . HAHA . Saya rasa tak selesa kena letak krim dekat muka sejak kebelakangan ini . Pakai pun apabila perlu saja . Ya , budak PMR seperti saya tak ada masa nak hiaskan diri . Hari-hari dia akan menghadap buku saja . Bukannya ada suami pakwe nak tengok pun HAHA . 


Saya tak pandai pakai shawl macam orang lain ala-ala Yuna atau Hanna Tajima . Ofkos lah kerana tudung shawl sebegitu terlalu pendek . Malulah nanti orang lelaki pandang pelik kepada saya . Lagi-lagi muka saya ini jenis bulat . Memang keluar daripada list orang yang cantik pakai shawl . Saya rela pakai tudung bawal dan pin seperti biasa . Semestinya saya setia kepada tudung bawal hitam kesayangan saya . Hehe


Saya tak pandai buat pose comel-comel macam kawan-kawan saya dekat dalam Facebook . Kadang-kadang rasa jealous juga sebab mereka semua dah dilahirkan muka yang comel . Saya ? Biasa-biasa saja . Alhamdulillah muka macam bentuk manusia . Tak ada macam benda lain . Macam mana pun , saya tahu dengan Profile Picture saya yang selalu tutup muka , tak adalah orang tertarik kepada saya . Saya tahu saya akan menjadi cantik apabila saya tunjuk sesuka hati kecantikan saya . Jadi lebih baik saya cantik kepada orang yang layak saja . 


Saya tak kisah saya nampak lawa ataupun tidak asalkan kekemasan penampilan saya ada . Bagi saya , saya bangga menjadi diri saya ! YA ! Kalau saya tak ada , kawan-kawan saya mesti tak pernah jumpa orang seserabut seperti saya . Ya . Saya bangga . Anda bagaimana ? Adakah anda bangga dengan kurniaan yang telah Dia berikan kepada anda ? 


Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
An-Nisaa' ayat  147

Saya sayang orang yang baca entry saya !

1 comment:

  1. mmg ptut kamu bangga pn..be yourself lg bgus kn.. :D
    btw, ade mse jap x..? bley tlng jwb survey nie jap..thanx.. :D

    http://nanaker.blogspot.com/2012/02/kajian-mengenai-rancangan-muhasabah.html

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .