Saturday, December 31

Mampukah aku?

Berikanku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga 
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untuk ku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan 
Timur utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

Berrsama menyusuri jalan
Para Rasul Nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah 
Lagu Satu Tekad by UNIC . Lama betul aku tak dengar . Aku minat kumpulan nasyid ini sejak aku sekolah rendah lagi . Aku ingat lagi kawan baik aku , Aina Nabilah selalu melalak nyanyi lagu nasyid bersama aku . Rindunya dengan dia #soksek
Ok , kita lupakan pasal hal drama sedih . Lagipun , malam ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2011 bukan ? So , kenalah happy sikit untuk menjemput 2012 datang . Terus-terang aku katakan memang begitu banyak kisah suka duka berlaku pada tahun ini . Dimana saat aku betul-betul down kepada sesuatu perkara sampai aku buat kerja gila *TUUUT biarlah rahsiaa...* dan dimana satu saat itu aku sedar dan dapat terima akan segala kesulitan yang aku alami dan tersenyum manis walaupun ada cengengnya HAHA .
Aku mungkin benci kejadian perkara yang aku lalui pada tahun 2011 dan mungkin sebaliknya . Bagaimanapun , selagi nyawa dikandung badan , aku kena teruskan kehidupan . Alhamdulillah , Allah berikan aku peluang untuk hidup lagi dan aku berdoa aku dipanjangkan umur untuk mengumpul semua bekalan aku untuk berhijrah ke negeri akhirat nanti . Insyaallah .
Pada tahun 2012 ini aku berharap aku mampu menjalani hidup dengan sempurna . Aku mahu menjadi muslimah yang lebih baik . Ya , aku manusia yang sering lupa dan manusia tidak terlepas melakukan kesilapan . Adakah aku mampu untuk menghadapi cabaran yang entah pasti pada tahun hadapan ? Wallahualam . Allah sentiasa bersama dengan kita .
Memori silam adalah perkara yang sudah berlaku . Yang baik dicontohi , yang buruk kita ambil sebagai pengajaran . Kehidupan tidak selalunya indah tetapi disitulah terletak keindahan dunia . Aku rasa aku dah dapat semangat untuk tahun 2012 :)
Btw , aku rasa mungkin aku jarang nak menyibuk komen status facebook . Just online apabila perlu dan jarang update status . Ini kes bagi taknak notifications penuh berjuta lemon -.-Y tetapi , blog aku akan sentiasa update . Sehari tak menari jari-jemari atas keyboard , rasa tak sah hidup . Budak candidates PMR pun perlukan rehatnya juga bukan ? :) 
Baiklah setakat ini sahaja . Selamat tahun baru . Bye dan assalamualaikum .
nota muzik : Karangan bahasa arab tak hafal lagi -.-Y 

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .