Friday, December 2

Tipu.

Tekan pause dekat main lagu dalam blog kalau nak feel entry ni .
Menipu . Tak ada sesiapa yang suka menipu . Aku sendiri tidak suka kepada penipuan . Namun , aku sendiri telah melakukan satu penipuan . Penipuan yang mungkin orang akan hilang kepercayaan  kepada aku . Arghh . Mengapa aku harus menghadapi perkara begini ? 
Menjaga hati orang bukanlah senang kerana tidak semua orang akan suka kita dan pada waktu yang sama tidak semua orang membenci kita . Tetapi ketika kita menjaga hati orang , tiada siapa yang tahu betapa luluhnya dan hancurnya hati kita waktu itu . Hanya Tuhan saja yang tahu akan kesakitan yang kita rasa waktu itu . 
Di hadapan insan lain aku seperti sudah berbahagia , sudah mendapat apa yang aku inginkan . Tapi tidak ada siapa tahu , aku banyak membazir air mata kerana aku melakukannya untuk kebaikan orang lain yang melihat , bukan untuk diri aku sendiri . Aku penat menipu . Aku tidak larat untuk menanam tebu di bibir . Aku telah menipu sahabat karibku sendiri . 
Aku mengaku aku masih mengenang masa silam , masa yang telah berlaku dan telah pergi . Aku merindui arjuna yang pernah singgah di hati aku . . . sehingga kini aku tidak tahu bagaimana aku mahu melupakan lelaki itu . Aku penat menipu lagi-lagi soal perasaan . Arghh . . . Sesibuknya lelaki itu , aku tetap merindui lelaki itu . 
Huuu . . . tak apalah . sekurang-kurangnya aku sudah mengaku . Biarlah . Yang lepas itu lepaskan sahaja . Tak ada guna dikenang lagi . Tapi mengapa hati ini masih berdarah lagi ya ? pfft . Mengapa aku mengambil keputuan begini ? Dan mengapa aku nak kesali ? Argh . Biarkan saja . 

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .