Sunday, November 27

Brownie Conflakes.

Assalamualaikum . Rindu gila tak update blog HAHA . biasalah menyepi dengan gitar . nangis aku dengan piano sebab tak dapat main Y_Y takpelah . gitar jadi escapism aku sekejab buat masa sekarang ni HAHA 
semalam , Nana and Ain datang serbu rumah aku . Yaa . Aku sibuk duk ikut pergi kahwin kenduri kahwin dengan mak aku , Am dan Aziz . Entah kenapa best sangat nak pergi kenduri kahwin . rasa macam tak dapat pergi kenduri kahwin lagi dah lepasni HAHA . Aku dah janji dengan dua dayang buat dessert dekat rumah aku tapi tuan rumah takda pula . So , aku suruh mereka masuk dahulu . Teruk betul perangai tuan rumah itu . Siapa lettew ya ? =.=
Dah balik tu , terus masuk dapur and mulakan operasi XD yeah ! Gang Of Darkness beraksi . . . di dapur HAHA 
Ain sedang mengadun bahan untuk buat brownie
Nana yang tengah syok sebatikan cornflakes madu . Yum!
Ok , ke manakah tuan punya rumah tu ? takda buat kerja pun . heyy , tolong jugalah . disebabkan bahan nak buat lagi satu dessert puding horlick tak ada , jadi aku tolong yang mana-2 patut . and make air teh 'o' yang sedap ! aku dah lulus buat teh panas ^o^ sebelum ni tak berapa nak sedap , now ermm . . . boleh laa HAHAH
macam mana pun , kami sebagai anak dara #kelaskaunyaahh , akan cuba menimba ilmu dalam masakan . mungkin tak digunakan masa sekarang ini , mungkin ilmu ini akan berguna pada masa akan datang . contoh waktu kahwin lah senang ceritanya . dah tu kau nak bagi suami kau makan apa ? makan pasir ? -.- 
hahaha . dahlah . dari tadi macam nak cerita pasal kahwin ni . lain macam pula jadinya nanti . baiklah setakat ini sahaja . aku mungkin tak online selama tiga hari . pergi trip ke Penang esok . waaa :'( sedih kot . takpe , kenang daku dalam doamu . adohai . macam nak pergi medan perang pun ada . baiklah , setakat ini sahaja . thanks reader sebab baca blog tak seberapa ni . muahhh ! HAHA bye dan assalamualaikum . sayonara ~
nota muzik : Yeah ! Tak jumpa seminggu dengan orang tu ? Mood aku : menangis sebab tak dapat contact dia lah jadinya . Tak kisahlah . Buat apa aku nak menangis sebab dia kan pfft .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .