Monday, November 21

Sorrylah.

Malam ni , aku diam . aku mute kan volume suara aku macam suprano opera cina ni jadi macam bisu . Buat tayang bisu Charlie Capplin gitu . Ya , malam ini , Malaysia VS Indonesia . Aku diam saja . Aku malas nak bersorak macam jiran sebelah aku tu . Jeritan mereka lain macam . Naik bulu roma aku dibuatnya . Begitulah kuatnya penangan bola malam ini . 
Bukan maksudnya aku tak sokong Malaysia . Gila ! Aku tengok orang tweet macam-2 dekat twitter dan status Facebook pun aku boleh tahu perkembangan pasal competition tu . Aku malas nak bersorak . Cukuplah aku berdoa agar Malaysia menang . Itu saja . 
Aku bukan apa , kalau aku bersemangat sangat malam ini , mulalah nak mencarut tak tentu fasal . senang-2 saja aku dapat dosa percuma malam ini sebab mencarut . tak sampai beberapa minit pula , lepastu doa-2 nak Malaysia menang . aku rasa malu kerana aku telah buat dosa mencarut, lepastu minta doa macam tu saja . aku jelah kot yang rasa macam tu . aku tak bermaksud nak buat sesiapa terasa ok . memang itu yang aku rasa sekarang ni . almaklum , budak sensitif katakan . senang saja berfikiran sebegini .
Lepastu , aku rasa benda ini janganlah ambil serius sangat . Kalau kita dapat kemenangan itu , alhamdulillah . Allah merestui kejayaan kita . Kalau kalah , tak apa . Pertandingan akan datang kita cuba buat yang terbaik . Oleh demikian , janganlah kita terlalu gembira dengan kejayaan kita . Dikhuatiri akan menjadi bongkak dan sombong . Mana ada insan dekat muka bumi ini nak berkawan dengan orang sebegitu dan itu akan berlakunya persengketaan antara dua pihak . Selain itu , jangan kita terasa terlalu sedih dengan kekalahan kita . Dikhuatiri kita akan memberontak . Mulalah nak bakar bendera negara orang lain . Upload gambar yang tidak sepatutnya di mana-2 laman sosial yang berkaitan dengan penghinaan agama dan negara . Wahai manusia , dimanakah kewarasan anda sebagai umat terbaik di muka bumi ini ??? #emo. Adatlah pertandingan ada menang dan kalah . 
Lagipun , dengan pertandingan sebegini juga dapat merapatkan hubungan sesama kita walaupun berlainan kaum bangsa dan agama . Dimana nilai murni yang kita pelajari sejak kita sekolah rendah lagi . Mengapa semuanya pupus dan sirna apabila ego mula menebal dikalangan kita . Urgh . Ya , aku masih mentah untuk mengupas hal sebegini . Namun , aku ada hak untuk bersuara akan keadaan yang semakin menjadi-jadi ini . 
Facebook aku dah dipenuhi dengan gambar tidak senonoh . Dengan pantas , aku report dan hide sahaja post tersebut . aku malu . aku malu kerana golongan mereka ini tidak mempunyai kewarasan untuk membezakan baik atau buruk . 
Kembali kepada isu bola semula ya HEHE . Di manakah persaingan sihat yang selalu digalakkan oleh guru-2 yang mengajar di sekolah ? Adakah hadiah lumayan kepada pemenang yang mereka kejarkan ? Sesungguhnya semua itu sementara . Tidak kekal harta dunia ini . Pejam celik , pejam celik akan habis dan ghaib dari pandangan kita tanpa kita sedari . Kita ini serumpun . Malaysia dan Indonesia duduk di tempat yang berhampiran . Di asia pula tu . 
Sedarlah . Aku di sini mahu melihat semangat kesukanan yang telah diterapkan sewaktu bangku sekolah . Ya , sebab itu aku malas nak tengok bola . Aku bosan sebab kedua-dua pihak ini bergaduh disebabkan SATU BOLA yang tidak bersalah saja . Hmmm... Entahlah . Aku membebel sorang-2 pun tak ada siapa nak dengar . Abaikan saja entry ini sekiranya merasakan kata-kata aku ini remeh bagi anda yang membaca . Btw , aku tak sokong mana-2 pihak pun . Aku rasa dua-2 pihak ego kot . sebab tu jadi macam ni . 
Baiklah . rasa lega sedikit dapat luahkan apa yang aku rasa malam ini . Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan kata-kata saya dalam entry ini . Biasalah budak tak matang nak membebel . semua benda nak lepas kan ? hehe . Baiklah . Forgive and forget ok . Btw , congrats Malaysia menang ! I love you , Malaysia . Indonesia , tak apa cuba lagi . Insyaallah , akan ada kemenangan yang lebih baik akan anda dapat . Dengan izin Allah :)
Baiklah setakat ini saja . Bye dan assalamualaikum . sayonara ~
nota muzik : rasa-2 kan ada tak yang serang aku lepas ni ? Wallahualam ~

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .