Tuesday, August 23

Niat kita :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua . akhirnya ! aku and kawan aku , adah sudah selesai buat presentation PAI . pergh . jadi jeli anggur dah kaki aku duduk depan bilik catur tadi #laparpula . ngade-2 betul . bernasyid dekat pentas , lagi-2 depan orang ramai yang penuh dekat dewan macam rileks saja #perasan . maybe dah takdir aku nak nervous waktu tu kot . but sure , setiap persembahan aku akan sentiasa rasa nervous !

baiklah . sebenarnyakan nak membuat luahan hati sebenarnya . terus terang , aku dengan adah macam kalut sikit tadi and lepas presentation bebudak ni adalah cakap macam ni :

Redha jelah weyy . asalkan dah siap presentation sudah !
Mampuslah weyy , siap present sudah !

dan seangkatan dengannya perkataan-2 yang lain . kalau korang fikirlahkan , apa sebab kita nak buat projek yang kita kena buat tu ??? aku rasa antara jawapannya adalah :

"Dah cikgu suruh , kitorang buatlah ."
"gila kau tak buat projek tu . mahunya kena marah dengan cikgu aku tatau ."
"derr , kita buat ni untuk kebaikan kita juga untuk masa akan datang ."
"aku ikut jee . tade perasan pun''

HAHA ! yang jawapan no tiga tu aku setujulah tapi hak yang lain-2 tu aku tak berapa berkenanlah derr . sebab apa derr ? sebab kita buat semua pekerjaan depends our NIAT ok #englishhancus. 

terus teranglah aku cakap , even korang buat kerja paling top paling terror bab-2 hias ni tapi penerangan yang korang bagi kepada orang lain langsung tade yang faham tade guna juga . lagi-2 kalau kita memberi pembentangan ilmiah bukan ? 

even korang buat simple sahaja presentation tapi orang lain boleh dapat feel apa yang kita ingin bentangkan , kan lagi bagus tu ! yang mana kau nak pilih , keadaan atas ke keadaan yang ni ? 

fine , memanglah ada yang boleh buat perfect yang seperfectnya . mungkin sebab dia berusaha dengan gigih . tapi kalau niat itu , wallahualam . mungkin niat yang baik diorang dah buat orang sekeliling dia bagi thumb up !

jadi , bukakan hati , bukakan minda kita ~ walaupun itu tugasan sahaja tetapi niat yang baik harus ada . malah boleh dapat pahala juga ! even korang niat nak makan untuk sihatkan badan pun korang boleh dapat pahala . apatah lagi memberi ilmu tentang agama kita dan kita berniat untuk memberi kesedaran kepada orang lain . pahalamu akan berganda , lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan !

so kesimpulannya , buat apa-2 sahaja yang kita ingin lakukan mestilah dimulakan niat :) so , korang dapat feeling juga dari projek yang kau orang buat tu . ya ! mungkin ilmu tu tak digunakan lagi sekarang ini tetapi masa akan datang pasti kita akan mencarinya . jadi kawan-2 , hayatilahnya :)



Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .