Kalau nak lebih baik , kita cuba untuk memahami maksud yang kita baca tiap-tiap hari itu . Takkanlah Al-Fatihah yang kita selalu baca sebanyak 17 kali itu pun kita tak tahu maksudnya ? Sewaktu kita dalam solat , kita ibarat bercakap dengan Allah dan sesungguhnya Allah membalas percakapan kita dalam Surah Al-Fatihah . Jadi , janganlah jadi seperti burung kakak tua yang selalu cakap "Selamat pagi , good morning" kerana burung kakak tua sepatah haram tidak faham apa yang dia sendiri katakan .
Selain itu dengan cara melembutkan hati ini , kita dapat menimba ilmu dengan lebih baik dan dapat menerima teguran orang lain . Ya , kadangkala ramai bersikap 'jangan jaga tepi kain orang' . Ingatlah bahawa orang yang sentiasa menegur anda adalah orang yang sentiasa mengambil berat kepada anda . Mereka juga tahu akan kesan yang akan berlaku apabila kita melakukan hal sedemikian . Insyaallah , apabila kita saling bertegur sapa antara satu sama lain , kita dapat membina ukhuwah fillah abadan abada . . .
nota muzik : Aku sayangkan kamu kerana Allah . Aku menegurmu kerana Allah , wahai sahabat .
No comments:
Post a Comment
Berani kerana benar , takut kerana salah .