Monday, April 30

Faham sikit.

#Orang yang hebat adalah orang yang dapat menahan sifat amarahnya.

Jangan tipu kalau diri sendiri tak pernah lupa bawa barang yang diperlukan ke sekolah. Lagi-lagi yang jenis pelupa dan sentiasa ada buku catatannya di dalam poket sepanjang masa untuk mencatat segala yang dia mungkin lupa. Itu adalah normal dan merupakan fitrah manusia. Tapi manusia taknak mengaku sendiri bahawa mereka sebenarnya begitu.

Kalau kawan awak ada tertinggal buku, awak tanya dia macam-macam dan awak bagi ceramah free tentang "Kepentingan bawa buku blablabla" "Nak jadi cemerlang mesti blablabla". Eh, sebenarnya, dia sudah dapat pahala sebab dia berniat nak pergi ke sekolah untuk menimba ilmu. Lagi satu, awak sendiri pun tak suka awak kena bebelan berguna daripada penceramah tak bertauliah bukan?

Mungkin dia terlupa dan sering terlupa bawa barang. Mungkin dia bukanlah rajin buat kerjasekolah dan sentiasa minum 'kopi' kerjasekolah kawan sebelah dia. Itu bermakna dia masih rasa ada tanggungjawab dalam dirinya sebagai pelajar. Ya, saya akui meniru kerjasekolah dan tak siap kerjasekolah itu adalah perkara tak bagus. Tapi dia mampu berubah sekiranya dia sememangnya ingin melakukan perubahan.

Kalau awak nampak dia buat latihan yang lain daripada orang dalam kelas kerana tidak bawa buku, jangan marah dia. Biarkan saja kerana dia sememangnya berniat untuk buat latihan tersebut daripada dia tidur sepanjang cikgu mengajar. Kalau awak baik, awak cuba tolong dia apa yang dia tidak faham tentang latihan yang dia buat ataupun ingatkan dia apa yang perlu dibawa pada hari esok. Bukan saja dia mampu berubah, malah dia menghargai awak sebagai kawan yang sentiasa membantu.

Jangan pertikaikan cara seseorang itu menimba ilmu kerana lain orang, lain caranya. Walaupun niat orang semua lain-lain, tapi tak perlulah nak bersangka buruk terhadap seseorang. Kalau dia tidak mahu belajar, sudah lama dia ponteng sekolah bukan? 

Nota muzik : P2 diadakan pada 21/05/2012. Kena tingkatkan lagi daripada P1. Caiyoookkk!

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .