Sunday, July 10

Memang aku terkilan sangat2 . . .

aku tatau apa masalah aku sampai letak gambar ni -.-''

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia buat semua readers yang setia *ececeh baca blog yang tak berapa nak cute ni and simple ni . hari ni , hari ahad yaa.... hari paling orang suka kott terutama aku XD hehe . . . 

hari dimana aku boleh tido sampai pukul 5 petang . esok nak sekolah so , kena rest secukupnya :D tadi aku bangun dari tido , aku terus bukak fesebuukkk . you know , aku dah start miss dekat someone -..-'' urgh ~ PENGGUBAH MUZIK SAYA{gediksungguh}

you know , aku start nak berlajar main piano balik sebab abang kaki panjang ni haa aka penggubah muzik -..-'' doesn't mean apa yang dia buat aku nak tiru . tidak sama sekali ! no way ! aku tanak jadi lelaki =.='' HAHA yang pasti dia dah bangkit semangat aku untuk kembali jatuh cinta kepada piano . fyi , asas nak baca sheet piano tu aku dah pernah berlajar waktu aku darjah empat . tapi aku dah lupa semua benda yang aku berlajar *ehem2.. lagipun markah muzik aku selalu dapat A waktu tu :p HAHA 

lagi2 , aku dulu masuk pancaragam , taulah asas2 note muzik . tetapi kenapa aku dah lupa semua tuu ? meh sini aku nak ceritakan :p fyi , aku berlajar semua ni dari cikgu WK *dikhuatiri cikgu tu terbaca blog aku ni -..-'' HAHA cikgu itu sangatlah GARANG dan semestinya aku yang comel dan kelihatan naif ni takut dengan cikgu tuu . tak suka juga cikgu ni garang2 =.='' 

btw , dulu aku masuk nasyid , cikgu tu yang jadi jurulatih . dia agak tegas sekali ! salah sikit kena campak dengan kayu drum =.='' salah sikit kena ketuk kepala . muahaha ! kejam tu memang ada tapi hasilnya boleh sangat memberangsangkan :) dulu akak2 ni pernah sampai ke peringkat kebangsaan tetapi aku waktu tu naif sangat kott , tu yang aku tak berapa suka sangat cikgu tuu . aku rasa macam nak keluar dari nasyid . 

tapi apa yang dia ajarkan waktu subjek muzik , aku tak pernah lupa . aku selalu dapat A untuk subjek tuu . sorry aku bukan nak berlagak , memang aku minat subjek tu sangat2 :') dia ajar rest untuk muzik , not2 and so on . pergh ~ kenapa selama ni aku tak perasan ??? sejak itu aku simpan cita2 nak berlajar main tapi masalah cikgu garang jee aku pendam sorang2 . 

masuk darjah lima , tup tup , dia nak pindah ke Muadzam Shah :o serius aku cakap , aku menangis sampai tak terkira berapa baldi . tambah2 lagi anak dia , Nadia (kawan aku) , ikut sekali pindah . serius . memang sedih sangat2 . aku sedar kott , even garang pun , cikgu tuu bagi something yang begitu . . . erm . . . tak tertaip dah aku dibuatnya . yang pasti aku bermatlamat nak main piano !

urgh ~ aku pendam dan aku lupakan semua tuu , sebab my mom tidak pernah nak bagi aku jadi pianist or seangkatan dengannya . aku pendam semua tuu and insan yang aku gelarkan ''penggubah muzik'' ni bangkitkan semula pasal piano . dia ada minat yang sama macam aku . yeah ! pakwe aku pandai main piano XD HAHA

serius , aku memang jatuh cinta lelaki yang pandai main violin/piano . thanks awak . secara tidak langsung awak dah bangkitkan semangat saya untuk mencapai matlamat saya :') so , dua hari cuti ni aku cari balik sumber2 yang aku berlajar dengan cikgu WK dekat internet . memang penat , tapi benda yang kita minat kita kena bersungguh-sungguh ;D 

baiklah . tak sah entry aku jadi panjang2 . banyak sangat nak diciternye =.='' ok2 . stop . ada dah yang bosan . bye dan assalamualaikum sayonara :D 

nota muzik : apa khabar cikgu WK and nadia ? harap dapat jumpa diorang lagi :) amin .


Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .